Tuesday, July 15, 2008

CUPCAKES















"Terima Kasih Kak Sue ucapkan pada Jue atas tempahan hari nie... Jue antara regular customer Kak Sue...Thanks for your support.." Cupcakes nie spesel untuk Along die...jauh hantar ke KL nun tapi berbaloi bila pelanggan puas hati...hilang penat....

Pakej yang macam Jue tempah nie namakan Fondant Cupcakes. Pakej khas untuk hari jadi..tapi boleh jugak dijadikan untuk Anniversary ker, Hadiah Terkejut ke, Hari Ape-Ape Jer...32 Biji/Pakej. Datang dalam 2 kotak yang mana 16 biji/kotak. Harganya RM90.00. Keknya boleh pilih samada nak Moist Chocolate Cake ker, nak Buttercake ker, Sponge Cake ker...harga sama jer..x kurang x lebih :)

Tapi sekiranya anda rasa nak budget sikit boleh tempah Buttercream Cupcakes. Keknya sama boleh pilih nak kek aper...Pakejnya sama 32 biji/pakej = 2 Kotak tapi harganya x sama... Cuma RM75.00 sahaja.

Untuk Penambahan pulak :

Abjad Fondant utk ucapan - RM0.20/huruf
Hiasan Gumpaste - RM0.30 - RM1.00/biji
Karektor kartun (Garfield/Pokemon dll)- RM2.50/biji
Buah-buahan Import (Strawberry/Peach/Kiwi)- RM0.50/biji
Biskut (Oreo/Wafer)- RM0.20
Coklat (MnM/Cadbury/dll mini size) - RM0.20/biji
Container individu - RM0.40/biji
Riben container (single) - RM0.10
Riben container (double) - RM0.20

Hiasan yang biasa digunakan FREE!!!!!

Haa...nak budget lagi...boleh...masih boleh....harga yang sama tapi dapat lebih banyak cuppies....kita buat mini cupcakes...dapat 50 biji = 25 biji/kotak. Fleksibel kan....

Apa yang perlu cuma tentukan nak pakej mana....:)

Bagi yang x suka manis2 pulak...boleh jugak...cupcakes plain...x dek topping...
Harganya 40.00 x kira mini or saiz biasa...sama harga cuma jumlah berbeza...














Cupcakes Hari Jadi Along namanyer














Antara contoh cupcakes topping buttercream.














Cupcake yang siap di hias riben bertemakan warna gold putih berserta tag di dalam bekas lutsinar untuk tetamu majlis pertunangan/perkahwinan. Yang tempahan dari sepupu...untuk majlis pertunangan die...nak bagi tetamu...














Cupcake sesuai untuk sebarang majlis atau jamuan.














Contoh cupcakes yang siap di hias untuk dijadikan buah tangan majlis pertunangan.



Emmm...pernah dengar Mini Cake Fondant x...ha..dia macam cake fondant biasa..cuma saiznya berskala kecil...haha..siap berskala tu...keciknyer macam saiz cupcake...Kek jenis nie masih baru lagi dalam pasaran...Harganya RM 110.00/pakej, datang dgn 25 biji.

No comments: